Rabu, 15 Oktober 2014

Rahsia Haji Yang Terabai

Oleh Dr. Abu Anas Madani

Memahami rahsia dan hikmah ibadat haji adalah merupakan manfaat yang besar dan sangat tinggi nilainya. Allah swt telah mendahulukan sebutan menyaksikan manfaat bagi orang yang mengerjakan haji sebelum menyebut nama Allah swt sebagaimana dalam firman Nya: 

لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Maksudnya: "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu kerana pengurniaan Nya kepada mereka dengan bintang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin . (Surah al-Haj: Ayat 28) 

Apabila manusia jahil atau tidak mengetahui hikmah rahsia satu amalan yang besar ia akan menyebabkan amalan itu dipandang kecil kerana mereka akan menunaikan tanpa roh dan melakukan tidak mengikut kehendak Allah yang mensyariatkan amalan tersebut. Maka apabila manusia meninggalkannya tiadalah mereka mendapat faedah dari ibadat tersebut kecuali sangat sedikit. 

Kesan daripada itu, sebahagian besar dari jemaah haji yang balik dari menunaikan haji hanya membawa riwayat-riwayat cerita sahaja tetapi tidak membawa kesan dari haji yang dilaksanakan. Contohnya dalam penjagaan solat, menutup aurat, meninggalkan riba dan rasuah dan lain-lain pelanggaran arahan Syarak. 

Bagi penduduk Mekah pula, sebahagian mereka menganggap jemaah haji yang datang hanyalah rezeki semata-mata daripada Allah dan dengan itu menyebabkan sebahagian penduduk Mekah merasakan jemaah haji yang datang ini tidak perlu diberi layanan istimewa menjadi tetamu Allah. Maka bumi yang berkat ini menjadi seakan-akan bumi perniagaan semata tanpa roh ibadat haji yang sebenar.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber peribadirasulullah.wordpress.com

Artikel Terkait

Rahsia Haji Yang Terabai
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Donate and coment. Happy blogging 😊