Bintang Hollywood Ben Affleck berang dengan ucapan Bill Maher, seorang host siaran TV HBO mengutuk Islam sepanjang program wawancaranya.
Ketika siaran TV disiarkan secara langsung tersebut, Bill Maher menyatakan bahawa Islam adalah agama yang tidak toleran.
Maher menuduh Islam adalah "satu-satunya agama yang bertindak seperti mafia yang akan membunuh anda jika anda mengatakan hal yang salah, menggambarkan sesuatu yang salah, atau menulis buku yang salah "
Ben Affleck kemudiannya meminta pendapat ahli panel lain dengan soalan: "Apa jawapan anda? Apakah dengan ini anda mengutuk Islam? Sedarkah? ternyata kita yang telah membunuh lebih ramai orang Muslim daripada mereka (Muslim) membunuh kami. "
"Namun entah bagaimana kita dijauhkan dari hal-hal (fakta) ini. Kerana mereka (Muslim) tidaklah benar-benar sesuai dengan gambaran (buruk) yang kita yakini. "
Ben Affleck kemudian berkata sinis: "Kejadiannya, lihat bagaimana kita (AS) menyerang Iraq... Saya secara jelas mengatakan saya tidak setuju dengan apa yang anda fikirkan. "
Pemenang anugerah Oscar ini juga menyuarakan tidak setuju ketika penulis Sam Harris mengatakan agama Islam adalah "beban hidup yang buruk."
Ben Affleck menjawab: "'(kenyataan) anda hanya menjadi sesuatu yang buruk untuk dikatakan. Ini kotor, itu rasis. Ini sama halnya seperti bila anda berkata :. "Oh Yahudi, anda licik"
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com
Ben Affleck Berang Host HBO Menuduh Islam Agama Mafia
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊