Sabtu, 25 Oktober 2014

Cara Rasulullah Bersin

Doa Bersin

Ertinya: Dari Abu Hurairah,semoga Allah meredhainya "Bahwasannya Rasulullah Shallahu Alaihi Wasallam jika bersin Baginda meletakkan tangannya atau pakaiannya di atas mulutnya, dan dengannya beliau memelankan suara (bersin)"(Riwayat At Tirmidzi, beliau menyatakan, "hadis hasan sahih) 

Dari hadis di atas, Al-Munawi membuat kesimpulan bahawa Rasulullah menahan suara bersin dengan menutup mulut dengan tangan atau baju, dalam riwayat lain menutup wajah. Rasulullah juga tidak berteriak ketika bersin sebagaimana dilakukan oleh kebanyakan ummatnya kini. 

At Taurabasyti menyatakan hal ini merupakan sebahagian dari adab, dimana manusia tidak suka mendengar suara bersin atau menyaksikan orang yg kurang ajar. (lihat Faidh Al Qadir, 5/149)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam telah bersabda, "Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap, maka apabila ia bersin, hendaklah ia memuji Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Dan kewajiban bagi yang mendengar untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia berasal dari syaitan, hendaklah setiap muslim berusaha untuk menolaknya seboleh mungkin dan apabila mengeluarkan suara "ha", maka pada saat itu syaitan ketawa kepadanya. "(HR Bukhari)

Ucapan Bersin Kepada Orang Bukan Islam
.
Daripada Abu Musa radhiallahu `anhu, ia berkata:

“Orang-orang Yahudi saling bersin di samping Rasulullah  ﷺ , mereka berharap semoga Rasulullah menjawab: “Yarhamukallaah” (Semoga Allah melimpahkan belas kasih padamu). Tetapi Rasulullah menjawab: “Yahdiikumullahu wa yushlihu baalakum” (Semoga Allah memberi petunjuk dan membuat baik hatimu).” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi r.a.)

*Disusun dari pelbagai sumber

Artikel Terkait

Cara Rasulullah Bersin
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Donate and coment. Happy blogging 😊