Suatu hari Syaqiq Al Balkhi dan Hatim bin Al Asham beserta sejumlah sahabat mereka sedang berada di wilayah pertempuran tentera Turki yang ketika itu belum dikuasai oleh orang Islam. Suasana sungguh mengerikan dengan kepala-kepala manusia yang terpotong dan pedang-pedang serta busur-busur yang patah.
Saat itu, Syaqiq Al Balkhi bertanya kepada Hatim Al Asham, "Bagaimana suasana hatimu saat ini? Apakah seperti malam dimana engkau menikahi isteri kamu? "Hatim Al Asham pun menjawab," Demi Allah tidak ". Syaqiq Al Balkhi pun berkata, "Akan tetapi, demi Allah, aku merasakan malam ini seperti malam aku menikahi istriku". Di suasana yang cukup menakutkan itu, Syaqiq Al Balkhi akhirnya tidur nyenyak sehingga berdengkur.
Datanglah salah seorang sahabat mereka yang menangis kerana saudaranya ditangkap pasukan Turki dan dibunuh. Hatim Al Asham pun berkata, "Tidak perlu ditangisi, saudaramu telah memperoleh bahagiannya. Dia kembali kepada Allah dan memperoleh keredhaan-Nya ". Si sahabat pun menjawab, "Aku menangis bukan bersedih kerana kehilangannya, namun kerana melihat kesabaarannya kerana Allah ketika pedang menebasnya".
Di malam itu tentera Turki juga berjaya menangkap Hatim Al Asham dan tentera juga membaringkan tubuh Hatim Al Asham untuk disembelih. Hatim Al Asham pun mengisahkan, "Pada waktu itu hatiku sibuk dengan mengingat Allah. Aku menunggu yang Allah telah takdirkan selanjutnya. Namun di saat tentera itu mencari pisau di sarungnya, sebatang anak panah dari seorang tentera penyerang membunuhnya, kemudian dia menyembelihnya dan melempar tubuhnya jauh dariku ".
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber www.hidayatullah.com
Ketika Para Ulama Sufi Berada di Tengah-Tengah Pertempuran
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊