Jumaat, 20 Jun 2014

Tahap Rasulullah SAW Berlapar dan Hikmahnya

Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Tarmidzi dari Nu’man bin Basyir r.a bahawa ia berkata “Bukankah kamu sekarang boleh hidup bermewah-mewah dengan makan dan minum, apa saja yang kamu mahu, kamu mendapatkannya. Aku pernah melihat Rasulullah Muhammad SAW hanya mendapat kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!”

Atau ada kisah juga seperti berikut ini. Pada suatu ketika Umar bin Khattab r.a menyebut apa-apa yang boleh dinikmati manusia sekarang ini dari dunia. Maka dia berkata “Aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.”

Pernah juga kisah yang lain datang dari sahabat Abu Hurairah r.a , ia berkata “Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang solat sambil duduk, maka akupun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu solat sambil duduk, apakah engkau sakit?  jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.”

Subhanallah, inilah teladan agung dari seorang pemimpin yang harus menjadi contoh bagi kita semua.

Rujukan : kisahislami.com/lapar-yang-pernah-dialami-rasulullah-saw

Nota :
Apa yang Rasulullah SAW lakukan akan membuktikan Baginda memiliki kedudukan tertinggi, tiada lagi insan yang lebih lapar dan bersabar demi menunaikan Perintah ALLAH SWT. Insan lain tidak boleh menjadikan alasan miskin dan susah sebagai batu loncatan untuk meninggalkan perintah ALLAH SWT seperti berpuasa kerana Rasulullah SAW lebih kuat kesabaran dan lapar tetapi tetap menjunjung Perintah ALLAH SWT.

Walaupun sedemikian kehidupan Rasulullah SAW, namun umat Baginda adalah juara makan, sehingga mengadakan pertandingan makan dan sebagainya.

Bayangkan jika Rasulullah SAW hidup seperti kita dan Rasulullah SAW memilih Al Khamr semasa ALLAH SWT meminta Rasulullah SAW memilih di antara Susu dan Al Khamr di saat Israk dan Mikraj. Al-Hamdulillah, Rasulullah SAW memilih Susu, tetapi kini umat Baginda lebih berani daripada Baginda dan telah menukar Susu kepada Arak (Al Khamr)  dan Lemak Khinzir  dalam makanan mereka seharian. Nauzubillah Min Zalik.

*Sumber dari taubatnasuhaachik.blogspot.com

Artikel Terkait

Tahap Rasulullah SAW Berlapar dan Hikmahnya
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Donate and coment. Happy blogging 😊