Sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang wanita yang berkulit hitam bernama Ummu Mahjan yang biasanya membersihkan masjid, suatu ketika Rasulullah SAW merasa kehilangan dia, lantas beliau bertanya tentangnya. Para sahabat lalu berkata, “Dia telah wafat.” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Mengapa kalian tidak memberitahukan hal itu kepadaku?”
Abu Hurairah berkata, “Seolah-olah mereka menganggap bahawa kematian Ummu Mahjan itu adalah hal yang kecil.” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Tunjukkan kepadaku di mana kuburnya!”
Maka mereka menunjukkan kuburnya kepada Rasulullah SAW kemudian beliau menyolatkannya, lalu bersabda:
“Sesungguhnya kubur ini terisi dengan kegelapan atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi mereka kerana aku telah menyolatkannya.”
HR An-Nasa’i
Semoga ALLAH SWT merahmati Ummu Mahjan r.ha yang sekalipun beliau seorang yang miskin dan lemah, akan tetapi beliau turut berperan sesuai dengan kemampuannya. Beliau adalah pelajaran bagi kaum muslimin dalam perputaran sejarah bahawa tidak boleh menganggap mudah suatu amal sekalipun kecil.
Oleh kerana itu ia mendapatkan perhatian dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam hingga ia wafat. Sehingga beliau menyalahkan para sahabat Beliau yang tidak memberitahukan kepada beliau perihal kematiannya agar beliau dapat mengantarkan Ummu Mahjan ke tempat tinggalnya yang terakhir di dunia. Bahkan tidak cukup hanya demikian namun beliau bersegera menuju kuburnya untuk mensolatkannya agar ALLAH SWT menerangi kuburnya dengan solat beliau.
*Sumber dari taubatnasuhaachik.blogspot.com
Kubur Pembersih Masjid Dipenuhi Cahaya
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊