Pasti ramai yang sudah tahu bahawa suatu waktu dahulu kiblat umat Islam adalah Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis, Jerusalem. Allah سبحانه وتعالى telah mewahyukan kepada Nabi Muhammad supaya menukarkan arah kiblat ke Masjidil Haram (Baitullah Kaabah) di Makkah al-Mukaramah. Ini sedia dimaklumi oleh kaum Yahudi dan Nasrani kerana Makkah sudah tidak asing lagi dalam kitab Taurat dan Bible tetapi mereka tetap menfikannya.
Sekiranya orang-orang Yahudi dan Kristian itu merujuk kembali kitab yang diturunkan kepada mereka iaitu Taurat dan Bible, sudah tentu mereka tidak merasa hairan apabila orang-orang Islam menukar kiblat mereka dari Palestin ke Makkah.
Ana ingin berkongsi dengan antum nas-nas pertukaran kiblat Allah Azza Wa Jalla dari Jerusalem ke tempat lain dari kitab-kitab agama utama. Bukti-bukti tersebut telah dinyatakan dan terkandung di dalam kitab-kitab Taurat, Bible dan Al-Quran sendiri.
1. Dalam Kitab Taurat
Dalam kitab Taurat yang mereka sebut sebagai Paran, dinyatakan bahawa:
“The Lord came from Sinai and dawned from Seir and He shone from Paran.” (Deotranomy 33: 2)
Maksudnya: “Tuhan datang dari Sinai dan akan bersinar dari Seir dan Dia menyinar dari Paran.”
Paran adalah tempat tinggal Siti Hajar dan Ismail sebagaimana yang di sebut dalam Genesis ayat 21,
“He was living in the Desert of Paran, his mother got a wife for him, from Egypt.”
Maksudnya: “Dia tinggal di kawasan gurun Paran, ibunya mendapatkan seorang isteri untuk dia, dari Mesir.”
2. DalamKitab Bible
Bahkan Jesus sendiri yang menyebutnya di dalam kitab Bible:
(20)- “Our ancestors worshiped on this mountain, but you Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem.” (21)- “Woman,” Jesus replied, “believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem. (22)- You Samaritans worship what you do not know; we worship what we do know, for salvation is from the Jews. (23)- Yet a time is coming and has now come when the true worshipers will worship the Father in the Spirit and in truth, for they are the kind of worshipers the Father seeks. (24)- God is spirit, and his worshipers must worship in the Spirit and in truth.”[Bible New Testament John 4:20-24 – New International Version (NIV)]
Cuba lihat dan fahami maksud ayat di atas. Terutama ayat yang telah digariskan:
Pertama :- “Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem.”
Kedua :- “Believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem.”
Supaya lebih difahami, terjemahan berikut diambil dari Alkitab Indonesia;
(20) Nenek moyang kami menyembah di atas gunung ini, tetapi kamu katakan, bahwa Jerusalemlah tempat orang menyembah.
(21) Kata Yesus kepadanya: “Percayalah kepada-Ku, hai perempuan, saatnya akan tiba, bahwa kamu akan menyembah Bapa bukan di gunung ini dan bukan juga di Jerusalem.”
Persoalannya, dimanakah kiblat yang baru itu?
Bagi Islam, Kaabah merupakah kiblat yang dimaksudkan di dalam Bible kerana Injil asalnya merupakan kitab dari langit. Tetapi mungkin penganut Kristian masih lagi tercari-cari kiblat tersebut ataupun tidak mempedulikan ayat-ayat di atas dan menafikannya.
3. Kiblat Umat Islam Di Dalam Al-Quran
Peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah ada diceritakan di dalam Bible. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah.
Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى.
Sehinggalah Allah سبحانه وتعالى mengabulkan permohonan Baginda ﷺ seperti yang dicatatkan di dalam Al-Quran:
Firman Allah سبحانه وتعالى:
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةًۭ تَرْضَىٰهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ ۗ
“Sering Kami melihat kamu (wahai Muhammad) berulang kali menadah ke langit, maka Kami benarkan kamu berpaling mengadap kiblat yang kamu sukai. Oleh itu halakan mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah); Dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya.” (Surah Al-Baqarah: Ayat <144)
Walaupun mereka mengetahui bahawa bertukar kiblat ke Kaabah itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka tetapi mereka tetap ingkar. Perbuatan mereka pasti akan menerima balasan. Allah سبحانه وتعالى menegaskan bahawa Dia sama sekali tidak akan lupa dengan sikap degil dan keengganan orang-orang Yahudi dan Kristian menerima kebenaran.
Allah سبحانه وتعالىberfirman lagi:
وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
“Sesungghunya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Al-Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.” (Surah Al-Baqarah: Ayat <144)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
*Sumber dari shafiqolbu.wordpress.com
Peristiwa Pertukaran Kiblat Di Dalam Taurat, Bible dan Al-Quran
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊