Khamis, 28 Januari 2016

Syiah Jatuhkan Baghdad dan Iraq


Kalau baca sejarah, yang menjatuhkan Kota Baghdad. Siapa yang menjatuhkan Kota Baghdad? Mongol kan. Siapa yang izinkan Mongol tu masuk? Menteri Syiah yang bernama al-Aqami (Muhammad bin al-Alqami). Dia mengkhianati dan dia masukkan tentera Mongol di dalam Baghdad. Lalu jatuhlah Baghdad.

Dan kalau kamu tengok Iraq jatuh. Amerika serang Iraq. Kalau kau baca sejarah, kau buat kerja sikit, kau akan tengok Amerika masuk kat mana? Masuk daripada sempadan Iraq. Sempadan, Syiah yang kuasai, Amerika masuk kat situ.

Bila jatuhnya Iraq, negara yang mula-mula buat lawatan rasmi ialah negara Iran. Ahmadinejad yang pergi. Kalau kau tak setuju dengan campur tangan Amerika, kenapa kau pergi ke Iraq tu. Nak khabarnya dia pun bersengkokol dengan Amerika untuk menjatuhkan Saddam Hussien.

Dan Saddam Hussien tu pun walaupun pemerintahannya diktator lah katakan, tapi kalau kau tengok kat youtube masa dia mati, Allah kurniakan kepadanya husnul khatimah. Ramai ulama cakap dia mati dalam keadaan husnul khatimah sebab dia mengucap dengan sempurna, ‘ash hadu an-la-ilaha illa-llah wa ash-hadu anna muhammadar rosulullah’, dua kali mengucap lalu digantung.

Mati nak mengucap ni bukan senang, kalau Allah tak izinkan tak jadi. Kadang-kadang tengah makan tercekik..mati. Ataupun tengah naik motor, awek kat belakang, pang..lembu. last sekali mati. Nauzubillahminzalik. Jadi husnul khatimah ni kurniaan Allah Taala.

Okay kita balik bab sembahyang tadi ya. Syiah dia tak ada sembahyang Jumaat sehingga Imam tu keluar.

Lepas tu sembahyang memanjang boleh jamak. Dia hanya ada tiga azan iaitu subuh, zuhur dan maghrib. Zuhur dia akan qasar dan jamak taqdim. Maghrib pun dia akan qasar Isyak dan jamak taqdim dengan Maghrib.

Kalau kita tanya dekat Syiah, kenapa kau jamak? Jamak ni kena ada musafir, lebih 80 batu baru boleh jamak. Syiah kata apa, “Kita musafirlah ni.” Kau musafir ke mana? “Kita musafir ke alam akhirat.” Fulamak…pening kepala (ketawa).

Ada seorang ustaz, dia belajar dekat Iraq, satu bilik dengan puak-puak Syiah ni lah. Jadi dia kata kalau sebilik dengan Syiah ni, sembang bab lain okay tapi jangan sembang bab Sahabat, memang kena maki. Dan mereka sembahyang lama. Kita sembahyang lima minit siaplah.

Dia sembahyang setengah jam empat puluh minit, lama gila kau sembahyang. Dia dah habis sembahyang tanya “kau sembahyang apa.” “Aku jamak untuk seminggu” dia kata. La jamak untuk seminggu (ketawa). Baru tahu, setahu aku jamak taqdir jamak taqdim je, ini jamak alhusmu, jamak seminggu.

Syiah ni kalau ambil air sembahyang dia tak basuh kaki. Dia hanya menyapu air atas kaki sahaja. Dia ambil air sapu, dah cukup. Lepas tu kalau dia sembahyang, kalau kamu dah tengok video tu kan. Dia buat gini (sambal tunjuk caranya). Dia akan buat sebanyak tujuh kali. Lepas tu bila dia baca Fatihah, dia tak ada Amin..Amin batal sembahyang.

Dan setiap sembahyang dia ada qunut. Dan bila habis bagi salam, dia akan tepuk peha dia tiga kali, baru batal sembahyang. Ini stail Syiah. Sembahyang pakai tanah Karbala. Tanah Karbala ni lebih kurang macam buah karom tu lah.

*sumber https://aidcnews.wordpress.com/

Artikel Terkait

Syiah Jatuhkan Baghdad dan Iraq
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Donate and coment. Happy blogging 😊