Jumaat, 29 Januari 2016

Kenapa Syiah pinggirkan keturunan Saidina Hassan ?


Syiah ni antara modus operandi mereka untuk menarik kita supaya minat dengan Syiah ini, mereka mendakwa mereka ini golongan yang memuliakan keluarga Nabi s.a.w. Tapi kalau korang check betul-betul ya..Syiah ini ambil keturunan Imam Dua Belas ni daripada Saidina Husain.

Kenapa dia tak ambil daripada keturunan Saidina Hasan. Kalau kita tengok, Saidina Hasan ni cucu Nabi yang pertama. Kemudian, segi mirip muka dia, dia punya muka lebih mirip kepada Rasulullah s.a.w. Saidina Husain muka dia lebih mirip muka bapanya Saidina Ali bin Abi Talib.

Dari segi keturunan yang ramai, anak yang ramai, Hasan lagi ramai. Pasal Hassan ni kalau kita baca sejarah, bini dia berapa? Sembilan puluh orang. Sembilan puluh orang, sehingga diberi gelaran “Lelaki Yang Banyak Bercerai-berai”. Kahwin cerai, kahwin cerai, kahwin cerai tapi tak ada satu pun dia bercerai dengan sebab bergaduh, semuanya atas sukarela sahaja.

Ketika Saidina Ali bin Abi Talib di Iraq, dia pernah kata kepada orang Iraq, “Jangan kahwinkan anak-anak kamu dengan Hasan sebab dia ni banyak bercerai.” Apa orang Iraq kata, “Biarlah bercerai pun, kita tetap akan kahwinkan anak kami dengan Hasan sebab hensem dan mukanya mirip Nabi s.a.w”.

Sehingga disebutkan bila Saidina Hasan ni bercerai, contohnya dia kahwin mahgrib, malam tu dia bersama, besok pagi dia bercerai. Bila bercerai tu, beratur orang kat luar, nombor 388 kaunter 8…haa kau jangan main-main, orang ramai nak ke dia (ketawa).

Kenapa Syiah tak ambil keturunan Imam Dua Belas daripada Hasan. Imam yang pertama Ali, kedua Hassan, ketiga Husain, keempat ni dia ambil dari keturunan Zainal Abidin, lepas tu anak dia ni..anak dia ni sampai kedua belas Muhammad Hassan bin Al-Askari.

Kenapa mereka tak ambil daripada Hasan. Inilah nak sebut Syiah ni berbohong. Kalau kamu hormat kepada keluarga Nabi, ambillah daripada Hasan.

Bila kita baca rupa-rupanya Syiah menganggap Saidina Hasan ni pengkhianat. Pengkhianat sebab apa? Sebab ketika Saidina Ali Bin Abi Talib mati dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam di Iraq, maka jawatan Khalifah diserahkan kepada anaknya Hasan.

Tetapi Saidina Hasan jadi Khalifah tak lama, enam bulan sahaja kemudian berlaku perundingan antara dia dengan Saidina Muawiyah bin Abi Suffian. Masa tu Saidina Muawiyah pusat pemerintahannya di Syria, Syam, zaman tu ada dua kerajaan. Satu di Iraq satu di Syam. Jadi, keadaan umat Islam tak bersatu.

Akhirnya berlakulah perbincangan..perbincangan, demi perbincangan, akhirnya Hasan bersetuju meletakkan jawatan. Dia pun letak jawatan bagi kat Muawiyah. Maka Syiah kata, “Kau ni pengkhianat. Tak tahu nak pegang amanah”. Dapatlah kat Saidina Muawiyah.

*sumber https://aidcnews.wordpress.com

Artikel Terkait

Kenapa Syiah pinggirkan keturunan Saidina Hassan ?
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Donate and coment. Happy blogging 😊