Khamis, 3 Disember 2015

WHATSAPP KETIKA KHUTBAH JUMAAT

Whatsapp adalah trend terkini komunikasi. Di masjid ketika mendengar khutbah Jumaat pun, ada jemaah yang berbalas Whatsapp. Apakah hukum membaca atau membalas pesanan Whatsapp ketika khutbah?
Para ulama berselisih pendapat tentang hukum bercakap ketika khutbah Jumaat. Kebanyakan mengatakan hukumnya haram, namun mazhab Syafii mengatakan hukumnya makruh. Kita disunatkan untuk diam dan mendengar khutbah dengan tekun.
Rasulullah bersabda: “Jika kamu berkata-kata kepada sahabatmu, ‘Diam!’, padahal imam berkhutbah pada hari Jumaat, maka sesungguhnya kamu telah berkata yang lagha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Lagha dalam hadis ini ertinya melakukan perkara yang dapat merosakkan kesempurnaan ibadah solat Jumaatnya.
Membalas pesanan Whatsapp termasuk dalam larangan bercakap-cakap ketika khutbah. Ini kerana perbuatan tersebut melalaikan kita daripada memberi tumpuan mendengar isi kandungan khutbah dengan khusyuk. Begitu juga membaca risalah atau akhbar, atau membaca sesuatu dalam Facebook dan sebagainya. Semua perbuatan ini sangat tidak bersesuaian dan hendaklah dihindarkan.
whatsapp-ketika-khutbah-jumaat
Justeru, eloklah sekiranya para jemaah diingatkan agar mematikan telefon bimbit mereka sebelum khutbah agar tidak merosakkan tumpuan mereka mendengar khutbah.
Wallahuaklam.
Rujukan: Al-Ustaz 26:12 (WHATSAPP KETIKA KHUTBAH JUMAAT).
*sumber islammy.com

Artikel Terkait

WHATSAPP KETIKA KHUTBAH JUMAAT
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Donate and coment. Happy blogging 😊