PERDANA Menteri David Cameron didesak untuk melakukan campur tangan setelah sebuah keluarga Muslim Inggeris dilarang melawat Disneyland di Amerika Syarikat, Rabu (23/12/2015). Demikian dilansir oleh World Bulletin.
Keluarga Mohammad Tariq Mahmood dilarang naik penerbangan ke Los Angeles di lapangan terbang Gatwick London pada Selasa minggu lalu oleh pegawai imigresen.
Menurut Mahmood, yang membuat perjalanan dengan saudara dan sembilan anak-anak mereka, mengatakan bahawa para pegawai imigresen tidak memberikan alasan mengapa melarang rencana perjalanan mereka.
Mohammad Tariq Mahmood
"Oleh kerana saya mempunyai janggut dan kadang-kadang memakai pakaian Islami, saya dilarang, dan ditanya sedemikian rupa," tambah Mahmood kepada BBC. "Saya merasa itu adalah sebahagian dari perjanjian penerbangan."
Ironisnya, sampai saat ini, keluarga Mahmood juga belum boleh mengambil dana kos penerbangan - sekitar £ 9,000.
Anggota parlimen Inggeris dari Parti Buruh Stella Creasy telah meminta Cameron untuk menyiasat apa yang terjadi. Downing Street langsung menegaskan bahawa sang perdana menteri akan bertindak balas terhadap permintaan Creasy.
"Perbincangan online dan offline bergema dengan rasa takut yang berkembang bahawa Muslim Inggeris ini sedang mengalami kesan kenyataan Donald Trump, yang menyeru Muslim tidak dibenarkan masuk ke Amerika," ujar Creasy.
*sumber islampos.com
Kesan Kenyataan Donald Trump, Keluarga Muslim Inggeris Ini Tidak Diperbolehkan ke Disneyland di Amerika?
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊