1) Surah al-Baqorah 2:173 – “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah.”
2) Surah al-Maidah 5:3 – “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah (yang keluar mengalir), daging babi (termasuk semuanya), binatang-binatang yang disembelih bukan kerana Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati jatuh dari tempat tinggi, yang mati ditanduk, yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga), kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.”
3) Surah al-An’am 6:145 – “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia kotor.”
4) Surah al-Nahl 16:115 – “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, binatang yang disembelih bukan kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dana tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa).
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
Wallahuaklam.
Rujukan: Gen-Q 35:39 (PENGHARAMAN BABI DALAM AL-QURAN).
*sumber islammy.com
PENGHARAMAN BABI DALAM AL-QURAN
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊