Rumah Masa Depan, seperti bentuk apa kewujudanya? Yang terbayang dibenak manusia kebanyakan adalah adalah rumah yang mewah, megah, dengan laman luas, penuh dengan pokok-pokok dan bunga-bungaan yang sedap dipandang mata atau rumah yang bergaya ala Eropah, Italy, Sepanyol dan lain sebagainya, dengan pintu gerbang yang megah dengan tiang putih di beranda seperti istana yang megah. Begitulah kebanyakan yang terbayang bila mendengar kata Rumah Masa Depan!
Dan mungkin tidak terbayang langsung, kalau rumah masa depan yang dimaksudkan dalam tulisan ini, jauh-jauh sekali dari bayangan kebanyakan orang, kerana Rumah Masa Depan yang dimaksudkan dalam tulisan ini luasnya hanya 1 X 2 meter sahaja! Harganya pun tidak sampai ratusan ribu atau bahkan sampai berjuta.
Rumah masa depan yang pada pandanga Islam amat mudah sekali. Hanya berukuran 1 X 2 meter saja dan penghuninya hanya dibungkus kain kapan putih. Di atas kuburan pun jika mengikut sunnah, hanya seketul batu tanpa nama atau tanpa apa-apa tanda lagi. Islam mengajarkan kesederhaan, baik dikala hidup mah upun saat kematian. Sebaliknya dipihak "sana" kubur berukuran besar dan juga memerlukan keluasan tanah yang besar.
Padahal bungkusan bagaimana pun cantik, bagus dan indahnya akan dibuang ke tong sampah dan hanya jadi sampah. Jasad pun demikian, betapa pun cantik, gagah, bagus, indah, rupawan dan sangat mempesonakan tetapi pada akhirnya hanya menjadi santapan cacing-cacing tanah dan mereput. Makanya Allah tidak melihat jasad hambaNya, tapi amal ibadahnya.
Kuburan itu ibarat bungkusan. Megahnya kubur dibina bukan jaminan untuk bebas dari neraka atau dapat syurga. Bukan bermakna kalau kuburnya mewah lantas di dalamnya syurga atau sebaliknya yang kuburnya sederhana lantas di neraka, tidak ada seperti itu. Masuk syurga atau neraka, bukan dilihat dari megah atau tidaknya sebuah kubur akan tetapi bergantung kepada amal solehnya, amal perbuatannya ketika hidup di dunia dan bergantung pada keimanannya masing-masing!
Agar di Rumah Masa Depan bahagia, aman, sejahtera maka jangan berhenti berkomunikasi dengan Allah. Di mana-mana dan bila-bila masa kamu berada. Kerana Allah selalu bersamamu di mana-mana dan bila-bila masa kamu berada, baik kamu sedari ataupun tidak. Bagus tidaknya Rumah Depan bergantung pada amalan di dunia. Aamalan di dunia akan semakin kuat bila ada tenaga iman di dada.
Rumah Masa Depan yang hanya seluas 1 X 2 meter saja. Sudahkah anda bersedia untuk membinanya? Sudahkah anda menyiapkan diri untuk mengisinya? Sudahkah anda mengira amal untuk mendiaminya? Mengapa ini ditanya? kerana Rumah Masa Depan ini paling unik. Suka atau tidak manusia akan masuk ke dalamnya! Dan uniknya lagi tanpa memilih bulu, terpaksa atau sukarela, Rumah Masa Depan sedang menanti dan pintunya sentisa terbuka 24 jam!
Rumah Masa Depan Keluasan 1 X 2 Meter Sahaja!
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊