Kita mengetahui bahawa api merupakan sesuatu yang bersifat panas. Dalam segi pengertian secara ilmiah, api adalah tindakbalas pengoksidaan terhadap suatu material dalam proses pembakaran kimia, yang menghasilkan haba, cahaya dan pelbagai hasil reaksi kimia lain. Bila kita mentelaah lebih mendalam, api mempunyai warna yang berbeza-beza.
Para saintis mempelajari api dan hubungannya antara suhu. Bermula dengan api berwarna merah. Kemudian suhu ditingkatkan dan warna api akan bertukar menjadi putih. Jika suhu terus dinaikkan, warna api akan berubah menjadi hitam.
Fenomena ini disebut oleh para ulama yakni radiasi benda hitam. Yang menakjubkan adalah Nabi SAW telah menyebut fenomena ini, iaitu adanya perubahan warna api. Nabi Muhammad SAW bersabda,
أُوقِدَ عَلَى النَّارِ أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى احْمَرَّتْ ثُمَّ أُوقِدَ عَلَيْهَا أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى ابْيَضَّتْ ثُمَّ أُوقِدَ عَلَيْهَا أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى اسْوَدَّتْ فَهِيَ سَوْدَاءُ مُظْلِمَةٌ
"Api dinaikkan suhunya selama seribu tahun sehingga berubah menjadi merah, lalu dinaikkan lagi selama seribu tahun hingga berubah menjadi putih, kemudian dinaikkan lagi selama seribu tahun hingga menghitam, dan itulah yang disebut dengan hitam legam," (At-Tirmidzi).
Sungguh benar sabda Rasulullah SAW. Maka kita harus meyakini apa yang Rasulullah berikan dan contohkan pada kita, selaku umatnya. Rasul adalah utusan Allah SWT. Melalui beliaulah Allah menyampaikan firmannya sebagai petunjuk bagi kehidupan kita. Oleh kerana itulah, segala apa yang dibawa oleh Rasul tidak dapat diragukan lagi kebenarannya.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Perbezaan Warna Api yang Telah diketahui Sejak Dulu
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊