Bukit Uhud atau lebih dikenali Jabal Uhud menjadi saksi bisu atas sebuah perang yang paling dahsyat yang pernah berlaku di dalam sejarah agama Islam. Jabal Uhud terletak kira-kira 5 kilometer sebelah barat laut Madinah. Bukit ini memanjang dari timur ke barat sepanjang sekitar 10 kilometer.
Dibawah Jabal Uhud ini ada sebuah bukit yang di beri nama bukit Ar Rumah yang bermaksud pemanah. Di bukit itulah Nabi Muhammad pernah menempatkan 50 orang pemanah yang dipimpin oleh Abdullah bin Jubair al Anshir.
Didalam kitab Fashuulu Min Taariikhil Madinatil Munawarah atau Chapter From The History Of Madinah yang di tulis oleh Ali Haafizd, terdapat sejarah perang Uhud dan peperangan yang lain. Pertempuran tersebut berlaku pada hari Sabtu tanggal 15 Syawal Tahun Ke-3 H (625 M).
Pasukan kafir Quraisy dipimpin Abu Shufyan dengan panglima perang Khalid bin Walid yang ketika itu belum memeluk Islam dan Ikrimah bin Abu Jahal dengan kekuatan 3000 pasukan berkuda dan unta. Di pihak Muslimin pula dipimpin oleh Nabi Muhammad Saw yang berkekuatan 1000 orang pasukan dan 300 orang daripadanya adalah kaum munafik yang dipimpin oleh Abdullah bin Ubai bin Salul. Jadi pasukan kaum Muslimin sebenarnya hanyalah 700 orang dengan Ketua pasukan pemanah adalah Abdullah bin Jubair Al Ansari.
Dalam peperangan tersebut, kaum Muslimin menderita kekalahan dengan gugurnya 70 orang syuhada (64 orang kaum Ansar dan 6 orang dari kaum Muhajirin) serta yang mengalami kecederaan kira-kira 150 orang termasuk Rasulullah Saw sendiri. Sementara 22 orang di pihak orang kafir Quraisy terbunuh. Dalam perang Uhud berlaku lima kali serangan balas yang dilakukan Muslimin mahupun kafir Quraisy, antara lain:
Di lembah Qanaah, tempat pangkalan pertahanan kaum kafir Quraisy. Disini kaum Muslimin mendapat kemenangan. Di kaki bukit Ar Rumah, Hamzah bin Abdul Mutalib bapa saudara Nabi Muhammad SAW gugur kerana ditombak oleh budak dari Jubair bin Muth'am Al-Quraisy yang bernama Wahsyi (memeluk Islam selepas itu) sebahagian anak buah Abdullah bin Jubair Al-Ansari itu sebanyak 40 orang turun dari bukit tersebut.
Para pemanah turut berperang, sehingga pasukan pemanah hanya tinggal 10 orang. Kesempatan ini tidak disia-siakan oleh Khalid bin Walid yang kemudian menyerang dan menduduki bukit tersebut. Selepas bukit ini dikuasai oleh pasukan Khalid bin Walid, kaum muslimin mulai terdesak dan terus menjadi sasaran anak panah pasukan kafir Quraisy.
Di lereng bukit dan jalan menuju Jabal Uhud kaum Muslimin terus diserang oleh pasukan Quraisy. Kaum Muslimin berpecah kepada tiga arah iaitu sebelah Timur, Barat dan Utara untuk mengatur strategi serangan balas.
Kaum kafir Quraisy yang mengetahui kawasan pangkalan pertahanan dan persembunyian kaum Muslimin terus menyerang tiga tempat di dataran tinggi gunung Uhud. Namun, akhirnya mereka mengalami kekalahan dan kembali ke Mekah.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com [Fha / islampos / kisahislam]
Hanya Tinggal 10 Orang Pemanah dalam Perang Uhud
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊