PAGI itu, 11 tahun lalu apabila keluar dari solat subuh di masjid al Majma al Islami berhampiran rumahnya di kampung Sabra di timur bandar Gaza, Israel membunuh Syeikh Ahmad Yasin dengan menembbakkan tiga buah peluru berpandu.
Tepatnya tanggal 22 Mac 2004 lalu, Syeikh Ahmad Yasin bersama tujuh orang yang bersamanya gugur. Tubuh Syeikh Ahmad Yasin tercerai berai bercampur bahagian-bahagian kerusi roda yang membawanya saat peluru berpandu menghantamnya ketika keluar dari masjid di pagi itu.
Syeikh Ahmad Yasin sungguh dengan perjuangn gigihnya, sebelum meninggal dunia, ia bersama sekumpulan tokoh Ikhwan Muslimin di Semenanjung Gaza pada 14 Disember 1987 mendirikan sebuah organisasi perlawanan untuk melawan penjajah Zionis, yang kemudian disebut Hamas.
Danpengaruh gerakan Hamas ini sangat besar, dan selepas menyertai dengan kekuatan-kekuatan Palestin dalam berjuang melawan penjajah Zionis di Tebing Barat dan Jalur Gaza.
Dan hingga kini Hamas, di bawah pimpinan Khalid Misyal akan terus menempuh jalan perlawanan sampai seluruh tujuan rakyat Palestin tercapai. Membebaskan tanah dan mendapatkan kemerdekaannya menjadi kenyataan dan dapat direalisasikan.
"Jalan yang ditempuh Syeikh Yasin dan projek masih dan terus berlanjut. Kenangan beliau ada pada 'tangan' dan mata setiap perjuang perlawanan Palestin yang menghalang penjajah Zionis dan melawan kejahatannya, "demikian kenyataan Hamas dikutip dari Info Palestin.
*sumber dari islampos.com
Hari Ini, 11 Tahun Syeikh Ahmad Yasin Wafat
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊