Hadis-hadis ada yang mengemukakan bahawa orang kafir diuji di dalam kubur. Namun, Tirmizi, Ibn Abdir Barr, dan Syuthi berpandangan lain. Tirmidzi berhujah bahawa umat terdahulu, bila menolak dakwah para Rasul, diazab Allah hingga binasa. Adapun umat Islam, azabnya ditangguhkan. Nabi SAW diutus dengan pedang. Orang-orang yang masuk Islam kerana takut dibunuh, sehingga menjadi munafik itu, mereka ini diazab di alam kubur.
Pendapat ini harus disoal, kerana sebenarnya Allah tidak lagi membinasakan umat-umat yang mendustakan Rasul-Nya setelah Taurat diturunkan.
Ibn Abdil Barr menguatkan pendapatnya dengan hadis Rasul bahawa sesungguhnya umat ini diuji di dalam kubur (menurut sebahagian riwayat: ditanya). Hadis-hadis sahih menyatakan bahawa fitnah kubur berlaku khusus bagi kaum mukmin dan umat Islam sahaja.
Abdul Haq al-Isbily, Ibn Qayyim, al-Qurthubi, as-Safarini dan lain-lain berpendapat bahawa soalan kubur berlaku umum, termasuk orang mukmin dan kafir.
*Sumber dari islampos.com|Ensiklopedia Kiamat/Karya: Dr. Umar Sulayman al-Asykar/Penerbit: Serambi
Adakah Orang Kafir Diuji Di Dalam Kubur?
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊