Menjelang kemuculan Dajjal, kaum muslim mempunyai kekuatan yang besar dan Dajjal untuk menghancurkan kekuatan tersebut. Ketika itu, kaum muslim berdamai dengan bangsa Rom dan mereka semua memerangi musuh bersama (common enemy) dan mereka menang. Kemudian berpecah antara kaum muslim dan pasukan salib.
Dalam hadis Abi Daud diriwayatkan daripada Dzi Makhbar bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Kalian akan berdamai dengan bangsa Rom, kemudian kalian dan mereka memerangi musuh bersama kalian. Dan akhirnya kalian menang sekaligus memperoleh harta ganimah dan keselamatan, kemudian kalian pulang. Pada saat kalian singgah di padang Dzi Talul, seorang lelaki Kristian mengangkat salib dan melaungkan, 'Hidup salib!' Seorang muslim marah, lalu memukul. Ketika itu, bangsa Romawi berkhianat dan berkumpul untuk peperangan yang besar. "Sebahagian perawi menambahkan," Lalu kaum muslim akan mempersiapkan senjata mereka. Tidak lama kemudian, mereka berperang, dan Allah memuliakan kumpulan tersebut dengan mati syahid. "
Anda lihat keadaan kaum muslim pada ketika itu. Mereka berperang, menang, mendapat rampasan perang dan kembali dengan selamat. Anda lihat sejauh mana mereka berpegang teguh kepada agama mereka. Semasa seorang Kristian mengangkat salib kerana mengira kemenangan itu berada di pihak mereka walaupun kaum muslim turut serta, seorang muslim memukul si Kristian tersebut. Sekelompok kaum muslim segera mengambil senjata, lalu memerangi bangsa Romawi walaupun mereka menyedari jumlah mereka sedikit. Rasulullah SAW memberi keterangan bahawa mereka adalah syuhada dan Allah memuliakan mereka dengan itu. Dengan demikian, pengkhianatan bangsa Rom itu tercetusnya perang besar.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com | Ensiklopedia Kiamat / Karya: Dr Umar Sulayman al-Asykar / Penerbit: Serambi
Keadaan Kaum Muslim Ketika Dajjal Muncul di Akhir Zaman
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊