Sesungguhnya banyak perkara yang boleh membatalkan Iman atau Syahadah. Rosak iman maka sia-sialah amalan kita. Untuk menjaga iman, wajiblah kita mengetahui serta menghindari perkara yang boleh merosakkan akidah. Antaranya:
Pertama. Mempersekutukan Allah (syirik). Meminta doa atau pertolongan dari orang yang telah mati atau bernazar dan menyembelih korban demi mereka adalah perbuatan syirik. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya. Tempat tinggal mereka (kelak) adalah neraka dan tiada penolong bagi mereka yang zalim.”
Kedua. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara diri kita dengan Allah dengan meminta doa atau syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada benda tersebut. Para ulama (ijma) sepakat mengatakan sapa yang melakukannya adalah kafir.
Ketiga. Tidak mengkafirkan orang musyrik (kafir) atau ragu dengan kekafiran mereka ataupun membenarkan fahaman mereka. Menganggap agama-agama lain sama seperti agama Islam. Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghendaki selain dari Islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima agama darinya dan akhirat kelak dia tergolong dalam golongan yang rugi.”
Keempat. Tidak yakin bahawa tuntutan Nabi Muhammad dan hukum Islam (hudud) itu lebih sempurna. Mereka mengutamakan hukum ciptaan manusia dan meninggalkan hukum Allah. Antara contohnya ialah:
a. Berkeyakinan bahawa perundangan yang diciptakan manusia itu lebih sesuai dan adil dari hukum Allah untuk dunia moden ini. Berkeyakinan bahawa syariat Islamlah yang membuatkan orang Islam itu mundur.
b. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah seperti memotong tangan pencuri atau merotan penzina, merejam penzina (berkahwin) itu kejam dan tidak sesuai lagi.
c. Menghalalkan apa yang haram oleh Allah dan mengharamkan apa yang halal oleh Allah. Menghalalkan zina, arak, judi serta penggunaan perundangan lain selain syariat Allah. Ulama (ijma) bersepakat perbuatan itu kufar.
Kelima. Membenci sesuatu yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulullah walaupun diamalkan. Firman Allah yang bermaksud:
“Demikian itu adalah kerana mereka membenci terhadap apa yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan segala amalan (pahala) mereka.
Keenam. Memperolok-olok terhadap sesuatu dari Allah dan ajaran Rasulullah atau terhadap pahala dan seksaan yang telah menjadi ketetapan agama. Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad) terhadap Allahkah dan ayat-ayatNya serta rasulNya kamu memperolok-olok? Tiada erti kamu meminta maaf, kerana kamu kafir setelah beriman.”
Ketujuh. Sihir, ilmu hitam atau ilmu guna-guna untuk kebencian dan kecintaan seseorang atau merosakkan hidua seseorang. Allah berfirman yang bermaksud:
“Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan (sihir) kepada seseorang pun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir.”
Kelapan. Membantu orang kafir yang memusuhi kaum muslimin atau memilih orang kafir sebagai pemimpin. Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa diantara kamu mengambil mereka (yahudi, nasrani atau kafir) menjadi pemimpin kamu makansesungguhnya dia tergolong dalam golongan mereka (kafir). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.”
Kesembilan. Berpaling dari Islam keseluruhannya, tanpa mempelajari dan melaksanakannya. Firman Allah yang bermaksud:
“Tiada yang lebih zalim daripada orang yang mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling darinya. Sesungguhnya kami akan menimpa balasan kepada orang yang berdosa.”
*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com
9 Perkara Yang Meleburkan 2 Kalimah Syahadah (Kafir)
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊