SYEIKH Abu Qasim bin Manshur adalah seorang faqih sufi yang merupakan guru ulama-ulama besar seperti Al Hafidz Abnu Asakir, Al Hafidz As Sam'ani dan lain-lain.
Suati saat, Ahmad bin Ya'qub Al Qursy saat menuntut hadith bersama bapa saudaranya pergi ke Baghdad, dan mendengar bahawa di sana ada seorang syeikh bernama Abu Abar Thaz yang memberikan riwayat-riwayat aneh. Ahmad bin Ya'qub pun mengajak seorang bapa saudara untuk hadir di majlis tersebut, namun sang paman menjawab, "Ia mula kehilangan akan, manusia akan menrtawakanmu kerananya."
Akhirnya, saat itu Ahmad bin Ya'qub pun meninggalkan Baghdad tanpa menghadiri majlis itu. Namun rasa penasaran masih menyelimuti hatinya, hingga setelah lama meninggalkan Baghdad dan berada di Syam, Ahmad bin Ya'qub pun pergi ke Baghdad dan mendengar bahawa syeikh tersebut masih ada.
Ahmad bin Ya'qub pun memasuki majlis syeikh tersebut. Ia melihat sang syeikh memakai songkok terbalik, dan majlis itu dihadiri orang-orang kaya serta anak-anak para bangsawan. Di majlis itu sang syeikh pun menyampaikan riwayat, "Telah menyampaikan kepadaku Duraid dari Wuraid dari Rusyaid, ia berkata bahawa orang buta jalannya pelan ...."
Ahmad bin Ya'kub pun terpinga dengan keadaan itu, sedangkan ulama itu dikenali dengan kefasihannya. Akhirnya suatu saat Ahmad bin Ya'kub pun datang ke rumah sang syeikh, dan ketika itu tidak ada mejlis dan seorang pun. Sang syeikh pun mempersilakan masuk dan bertanya maksud tujuannya. Ahmad bin Ya'kub pun terpinga dengan sambutan itu.
Ahmad bin Ya'kub pun bertanya mengenai keadaan sang syeikh di majlis, yang membuatnya bingung, karena hal itu tidaak pantas dengan kefashian, akhlak dan akal sang syeikh.
Akhirnya sang syeikh menjawab bahawa dia telah dipaksa oleh penguasa untuk memegang jawatan yang mana dia merasa tidak mampu melaksanakannya hingga akhirnya ia dipenjara kerana penolakan itu. Selanjutnya sang anak ketika menukar kedudukan sang ayah sebagai penguasa melakukan hal yang lebih keras, hingga akhirnya ia memilih untuk berpura-pura hilang ingatan, "Maka aku pura-pura hilang ingatan maka aku selamat ..."
Sang syeikh tidak lain adalah Abu Qasim bin Manshur. (Lihat, Thabaqat Asy Syafi'iyyah Al-Kubra, 7/56)
sumber http://www.hidayatullah.com/