Kebanyakkan manusia selalu tersalah sangka dengan maksud sebenar kehidupan.Penulis hanya menulis dengan mengulangi kembali petikan ceramah dari Dr Maza.Sebagai kebenarannya,jangan tersalah sangka tentang maksud ketenangan di dalam hidup.
Mari kita ikuti petikan ceramah dari Dr.Maza :
Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta,kemewahan mahupunkekayaan.Namun harus diingat walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukanlahsegala-galanya.Cuba direnungkan dengan sebaiknya betapa sebahagian orang yang duduk di dalam rumah yang besar dan tidur di atas katil yang empuk barangkali tidurnya tidaklah senyenyak jika dibandingkan pada sebahagian orang yang hanya tidur di dalam pondok buruk dan juga semisal dengannya.
Tambahan pula,bila direnungi lagi betapa ramai orang yang terdiri di hadapannya berbagai hidangan lauk-pauk yang hebat dan banyak untuk dimakan.Barangkali lidahnya itu tidaklah seenak untuk dibandingkan dengan sebahagian orang yang hanya makan dengan satu atau dua mata lauk.
Inilah hakikatnya,selalu orang akan menyangka tentulah seseorang itu akan bahagia jika dia mempunyai segala harta,kemewahan dan pangkat.Sebagai buktinya belum tentu ketenangan dan kebahagian itu miliknya.Harus diingatkan,saya berkata ini bukanlah untuk menggalakkan kita menjadi miskin atau hina tetapi untuk dilihat bagaimana Allah yang maha adil itu membahagi-bahagikan nikmat kepada setiap hamba-hambanya.
Walaupun seseorang itu dilihat kurang dari segi harta dan kekayaan yang dimilikinya tetapi Allah dengan kemuliaanNya melebihkan dia dengan ketenangan dan kebahagiaan di dalam hidupnya bahkan begitu juga dengan para nabi.Walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa kemewahan dan kekayaan di dalam hidup ini,tetapi mereka menggenggam kebahagiaan,ketenangan ataupun sakinah itu lebih dari sebahagian hidup insan yang lain yang punyai kekayaan serta kemewahan.
Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang,ia tidak dapat dihalang oleh beribu tangan dihadapannya dan jika Allah ingin menyekat kebahagiaan seseorang ia tidak dapat dihulurkan oleh apa-apa tangan sekalipun.Kata Hamka di dalam tulisannya “LIHATLAH BAGAIMANA ALLAH MEMBAHAGI-BAHAGIKAN NIKMATNYA”. janganlah berasa sedih pada kehidupan yang kita miliki ini,renungilah dan hayatilah pada apa yang sudah kita miliki kerana apa yang telah kita miliki ini sebenarnya sudah harapan Allah pada diri kita .
Sebagai hakikatnya manusia selalu ingin bersyukur apabila diberi benda baru di dalam kehidupannya,sebenarnya tidak salah tetapi perlu diingat janganlah sampai terlupa untuk bersyukur pada apa yang telah kita miliki.Sebagai contoh,seorang hamba Allah yang tidak pernah pun bersyukur dengan nikmat mata atau nikmat lain yang diberikan Allah kepadanya,pada suatu hari Allah takdirkan dia kemalangan hingga menyebabkan matanya buta.Pada kejadian itulah menyebabkan dia lebih memahami tentang nikmat mata yang telah dikurniakan Allah kepadanya dan merayu supaya Allah memulangkan semula matanya.
Barangkali Allah sudahpun memberikan beratus nikmatnya kepada kita pada hari ini dan boleh jadi kita baru sempat untuk melafazkan rasa syukur itu baru sebanyak satu kali.Insan jika dia ingin menghitung nikmatNYA menyebabkan dia tidak mampu walaupun untuk membilang dengan jari-jemarinya
”Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS An Nahl [16]: 18)“Jika engkau bersyukur, maka akan kutambahkan (nikmat-Ku), dan jika engkau kufur (ingkar) sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.”(Ibrahim :7)
Sebahagian para sarjana mentafsirkan kadang-kala syukur itu lebih tinggi makamnya dari sabar,ramai insan jika dia diuji dia mampu bersabar tetapi untuk melahirkan insan yang bersyukur pada segala nikmat yang telah Allah berikan padanya barangkali sedikit sekali jumlah bilangannya
“sedikit sekali di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur” (QS Saba’ [34] : 13)
Tolong Jangan Salah Sangka
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊