An-Nahl Ayat 16:81 ini menjelaskan kepentingan dan kehebatan bahan-bahan dari bukit-bukau seperti tanah-liat, granit, garam kristal, batu-batu permata, dan sebagainya. Ahli sains telah membuat kajian dan memang terbukti bahan-bahan seperti tanah-liat (misalnya bentonite clay) dapat menyahkan getaran dan radiasi dan sebagainya.
Kita telah mengkaji (pada beberapa siri yang lepas) akan kehebatan mikro-kristal yang bersifat piezoelektrik dan pyroelektrik. Dan sekarang Al-Quran mengulangi lagi penerangan dan kelebihan bahan-bahan dari tanah dan bukit-bukau.
“Yutimmu Ni’matahu” (Allah telah melengkapkan nikmatNya) merujuk kepada ilmu pertahanan badan dan minda, iaitu ilmu nanoteknologi, untuk menyelamatkan manusia dari serangan getaran string dan pancaran radiasi. Pada hari ini memang terbukti manusia terdedah kepada pelbagai pancaran dan sinaran yang merbahaya kepada kesihatan dan minda mereka.
Statistik menunjukkan penyakit mental (dan pelbagai penyakit ganjil) meningkat dengan mendadak sejak akhir-akhir ini dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit mental akan menjadi musuh utama manusia mengatasi penyakit jantung.
Hebatnya Tanah Liat
4/
5
Oleh
Yoko
Donate and coment. Happy blogging 😊