Rabu, 19 Ogos 2015

Ikan Jadi Senjata Baru Untuk Hancurkan Terowong Bawah Tanah Mesir-Palestin

zona penyangga mesir

Seorang sumber tentera Mesir mendedahkan bahawa Kaherah kini sedang mengerjakan projek pembinaan kolam di sepanjang sempadan Palestin, sebagai cara baru untuk menghancurkan dan menutup terowong bawah tanah yang biasa digunakan untuk membekalkan bahan makanan ke Jalur Gaza.

Seperti dilaporkan bilik berita Dostor dari sumber tentera yang tidak mahu didedahkan namanya berkata, "Projek kolam ikan ini telah bermula sejak hari Minggu (16/08) kemarin oleh syarikat pembinaan milik tentera Mesir."

Sumber tersebut menambah, "Kolam akan digali disepanjang sempadan dengan Jalur Gaza, Palestin, dengan kedalaman mencapai 20 meter dan dilengkapi dengan pam yang akan mengepam air dari Laut Mediterranean ke kolam."

Kerajaan Mesir menganggap ini adalah cara yang paling berkesan untuk memusnahkan terowong-terowong yang digali warga Palestin dengan cara merubah struktur kegemburan tanah daripada harus mengerahkan tentera untuk mencari dan menghancurkan terowong.

Perlu diketahui bahawa terowong bawah tanah adalah akses satu-satunya warga Palestin untuk menyeludup bahan pokok makanan akibat sekatan yang dilakukan oleh Zionis Israel dan penutupan sempadan Rafah oleh kerajaan Mesir.

Tercatat tidak ada kes penyeludupan di era Mursi berkhidmat pada tahun 2012-2013, selepas presiden pertama dari kalangan awam tersebut memutuskan untuk membukan persempadanan Rafah selama 24 jam sehari.

Artikel Terkait

Ikan Jadi Senjata Baru Untuk Hancurkan Terowong Bawah Tanah Mesir-Palestin
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Donate and coment. Happy blogging 😊