Khamis, 18 September 2014

Krisis Ekonomi Di Zaman Umar Bin Khattab

Umat ​​Islam sejak dari dulu lagi memang sudah tidak asing dengan krisis ekonomi. Sekurang-kurangnya, sejak zaman Rasulullah ada dua krisis ekonomi besar yang pernah dicatat oleh buku sejarah Islam.

Pertama, ketika umat Islam diboikot oleh kaum Yahudi dalam masa awal penyebaran Islam. Yang kedua, pada zaman kekhalifahan Umar bin Khattab. Apa penyebabnya dan bagaimana Khalifah Umar bin Khattab mengatasinya?

Krisis itu berlaku pada tahun 18 hijriah. Peristiwa besar ini kemudian dikenali sebagai "Krisis Tahun Ramadah". Saat itu di daerah-daerah telah berlaku kemarau yang mengakibatkan banyak orang dan binatang yang mati. Ramai orang yang menggali lubang tikus untuk mengeluarkan apa yang ada di dalamnya sebagai makanan.

Khalifah Umar yang berkulit putih, saat itu kelihatan hitam. Dia pun berdoa: "Ya Allah, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad pada tanganku dan di dalam kepemimpinanku."

Beliau juga berkata kepada rakyatnya: "Sesungguhnya bencana disebabkan banyaknya perzinaan, dan kemarau panjang disebabkan para hakim yang buruk dan para pemimpin yang zalim ... Carilah redha Tuhan kalian dan bertaubatlah serta berbuatlah kebaikan".

Tidak lama kemudian krisis tersebut berjaya diatasi. Setiap bayi yang lahir pada tahun ke-1, mendapat insentif 100 dirham dan tahun ke-2 mendapat 200 dirham, dan seterusnya. Gaji guru dibayar 15 dinar sebulan.

Pada tahun 20 hijriah, khalifah Umar juga mencetak mata wang dirham perak dengan hiasan Islam. Belaiu mencantum kalimah thayibah. Sebelumnya umat Islam menggunakan dirham dari Parsi yang di dalamnya terdapat gambar raja-raja Parsi.

Adapun mencetak dinar emas bercirikan Islamik dikuatkuasakan pada masa kekhalifahan Abdul Malik bin Marwan pada tahun 75 hijrah. 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com|Al-Fiqh al-Iqtishadi li Amir al-Mukminin Umar Ibn Al-Khattab


Artikel Terkait

Krisis Ekonomi Di Zaman Umar Bin Khattab
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Donate and coment. Happy blogging 😊