Isnin, 28 April 2014

The Second Ice Age dan Petunjuk Zaman di Bumi Arab (Bahagian 1)

Zaman Semakin berputar mengikuti arus kelalaian manusia, terus berlalu secepat kemajuaan pembangunan yang mengubah wajah Dunia, menuju Nubuwat-nubuwat yang telah ditetapkan.

لِكُلِّ نبإٍ مُسْتَقَرٌّ, فَسَوفَ تَعْلَمُوْن

"Untuk setiap berita (yang dibawah oleh Rasul-rasul) ada (WaktU) terjadinya dan kelak kamu akan akan mengetahui". [Surat Al-Anaam:67]

Hari Akhir atau Hari Kiamat merupakan sunnatullah yang digariskan oleh Sang Maha Kuasa yang wajib kita imani, di mana kita percaya bahawa disana terdapat hukum sebab akibat dalam setiap peristiwa dan kejadian yang disenariokan untuk seluruh ciptaanNya. Begitu juga dengan tanda-tanda dan petunjuk yang telah diperlihatkanNya , sebelum menyingkap kebenaran nubuwat-nubuwat Ilahi , agar manusia mempelajari dan menangkap isyarat nubuwat yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Sesungguhnya perubahan ekstrim cuaca yang sedang dialami Planet kita merupakan permasalahan global serius melibatkan alam sekitar, tumbuhan dan haiwan-haiwan turut menerima kesan negative akibat perubahan drastik ini. Tetapi tidakah kita menganggap bahawa fenomena ini bukan sekadar ancaman klimatologi yang mencemaskan ramai Ilmuwan dalam bidang cuaca dan Oseanologi (marin) sehingga didokumentasikan dalam salah sebuah filem Hollywood. Jika difikrkan, perubahan alam ini merupakan salah satu isyarat yang sangat relevan dengan maklumat yang diabadikan selama lebih dari seribu empat ratus lebih yang lalu, penggunaan Zaman dari Allah SWT yang disampaikan melalui lisan Rasulullah SAW:

عن أبى هريرة أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال " لا تقوم الساعة ... حتى تعود أرض العرب مروجا وأنهارا "

"Kiamat tidak akan terjadi .... sehingga dataran Arab kembali menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai" (HR. Muslim)

Beranjak dari Teori-teori para saintis, pelbagai bukti Ilmiah dan isu-isu politik dunia yang akan diulas dalam pembahasan sangat singkat ini. Penulis berusaha meramukan kesimpulan dari setiap aspek masing-masing hingga mengkaitkan peristiwa- peristiwa Akhir Zaman yang akan dilalui Ummat Manusia.

Benua Atlantik Utara dan The Great ocean conveyor belt

Dalam dekad terakhir ini, isu pemanasan global telah banyak mengurangkan perhatian para saintis klimatologi yang dari masa ke masa semakin membimbangkan. Pencetus pemanasan global kerana adanya karbon dioksida dengan jumlah yang sangat besar di atmosfera serta adanya gas-gas lain bertindak balas yang menyebabkan lubang di lapisan ozon. Fenomena ini sudah mula dua dekad yang lalu di mana ia memberi kesan pada ais yang terletak di Artik wilayah benua Atlantik utara. Perkara tersebut telah didokumenkan secara ilmiah.


alam11   alam12
Foto ini menunjukkan penurunan ais dalam beberapa tahun terakhir penurunan ais secara beransur menurut urutan tahun.

Pencairan ais tersebut memberi kesan negatif pada iklim wilayah Atlantik Utara kerana mengakibatkan meningkatkan bahagian air tawar dan mengurangkan jumlah kadar air masin pada Lautan Atlantik seperti yang berlaku di Selat Denmark dan Laut Labrador.

Penurunan jumlah ais menyebabkan perluasan wilayah Laut dan hal itu akan mengundang terjadinya proses penyejatan secara besar-besaran yang akan diikuti dengan hujan, dengan kata lain jumlah Air tawar akan terus bertambah dan kadar kemasinan air Laut terus berkurangan di Wilayah ini. Sebagaimana yang diketahui bahawa sebahagian dari lautan laut di Bumi kita ini dalam keadaan beku dan ketika air laut (air masin) beku menjadi ais maka ais itu telah menjadi Air tawar. Fenomena ini sering dimanfaatkan di beberapa kawasan sejuk dalam proses desalinisasi (proses pembuatan air laut menjadi tawar) dengan mencairkan ais dari air laut).

Ketika lebur ais tersebut akan meningkatkan kadar air tawar 

Semua faktor ini akan mengurangkan kemasinan air permukaan di kawasan Atlantik Utara dan yang jadi titik penting dari fenomena ini adalah seperti yang diketahui secara ilmiah bahawa air tawar lebih ringan daripada air garam sehingga terapung di permukaan. Ahli saintis menganggarkan tahap penurunan ais 9-14 % setiap sepuluh tahun .

Di sisi lain kita akan melihat jumlah air lautan dan samudera akan terus bertambah hingga menutupi beberapa bahagian daratan rendah dan hingga sekarang ini bukan sedikit jumlah penduduk di beberapa pulau yang menghadapai masalah dari fenomena ini. Jika hal ini tidak mengakibatkan bahagian daratan tenggelam di suatu Wilayah, kenaikan permukaan laut akan merosakkan tanah pertanian disebabkan kerana kadar garam pada air laut. Dengan meningkatnya permukaan lautan akan menyokong terjadinya peningkatan penyejatan pula dan pengewapan air ini menjadi salah satu faktor utama terjadinya pemanasan pada lapisan atmosfera.

Terdapat fenomena lain yang ditemui para saintis dalam beberapa waktu iaitu terdapat gelombang laut yang sangat besar yang mengalami pusingan gelombang di antara samudera-samudera. Ia berfungsi membawah suhu panas air dari tepi laut Afrika Utara ke Atlantik Utara. Fenomena ini disebut The Great ocean conveyor belt.


alam13
Dalam gambar ini kita melihat arus pergerakan gelombang ini. Warna merah mewakili arus gelombang yang membawah suhu panas air dan warna biru mewakili gelombang suhu sejuk. Prinsip gerakan gelombang ini berlaku dengan proses penurunan gelombang panas air dari Afrika menuju arah selatan dengan membawah jumlah besar makanan bagi ikan dan dan organisma laut.

Dalam keadaan normal, gerakan ini akan terus berlanjutan sepanjang tahun dan suhu panas air laut akan terus disalurkan ke Eropah. Para saintis menganggarkan jumlah panas ini dalam setahun setara dengan yang dihasilkan oleh berjuta-juta kilang penghasilkan tenaga atom. Begitulah yang terjadi jika dalam keadaan normal. Dalam tempoh tahun akan datang, ahli saintis bimbang dengan peningkatan kadar air tawar di Atlantik Utara yang akan menyebabkan menamatkan mekanisme gelombang ini kerana seperti yang disebutkan sebelum ini, air tawar lebih ringan dari air masin. Oleh itu proses penurunan gelombang air menuju ke bawah akan berhenti. Mengenai teori ini filem `The Day After Tomorrow` juga memaparkan fenomena ilmiah ini tetapi belum mencapai kerincian klarifikasinya.

Dengan terhentinya pergerakan besar ini, secara tidak langsung akan menghentikan proses pemindahan jumlah besar panas ke Eropah utara dan bahagian daerah di Amerika dan Kanada bahagian timur dan akan disusul dengan penurunan suhu di Eropah seperti yang dianggarkan oleh para saintis dari 5 hingga 10 darjah Celsius.

Gagasan teori ini diakui oleh banyak Ilmuwan ahli marin dan berkata bahawa fenomena alam ini sudah berlaku sejak (kurang lebih) 20 tahun lalu. Tetapi ada beberapa ahli saintis mengingkarinya dan mengatakan fenomena ini tidak akan sampai tahap menghentikan arus gelombang tersebut tetapi hanya akan melambatkan mekanismenya. Tetapi pada akhir dekad ini kebenaran teori tersebut mulai memperlihatkan wujudnya, tepat setahun selepas dirilisny filem The Day After Tomorrow para saintis mememukan pengurangan pesat pada The Great ocean conveyor belt tersebut. Seperti yang diterbitkan akhbar Inggeris `The Independent` pada 01/12/2005 yang bertopikkan tentang kajian mengenai arus gelombang samudera Atlantik. Hasil kajian ini diterbitkan dalam jurnal "Nature" yang menyimpulkan bahawa arus ini telah menurun 30 % sejak tahun 1992. 

...bersambung `The Second Ice Age` dan Petunjuk Zaman di Bumi Arab (Bahagian 2)

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber www3.eramuslim.com
Note: Aisberg seluas Singapura mula hanyut - laporan Berita Harian 27/4/2014

Artikel Terkait

The Second Ice Age dan Petunjuk Zaman di Bumi Arab (Bahagian 1)
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Donate and coment. Happy blogging 😊