Isnin, 3 Februari 2014

Tanda Sesuatu Blog Mengandungi Unsur Wahhabiyyah, Syiah & Sebagainya

Assalaamu'alaikum warohmatullaahi wabarokatuh.

Saya nak tanya Ustaz kalau-kalau Ustaz ada masa untuk menjawab.

Soalan saya apakah tanda-tanda sesuatu artikel, blog, forum atau sebagainya di persada Internet ni mengandungi unsur-unsur wahhabiyyah, syi'ah atau sebagainya yang bertentangan dengan aqidah Ahlusunnah (ASWJ)?

Adakah apabila sesuatu blog, forum atau sebagainya itu banyak membicarakan hal-hal agama tetapi berlepas diri dari membincangkan politik Islam dalam negara hari ini. Malah ada ketikanya menghentam serta menyindir gerakan Islam negara ini yang berjuang atas platform politik.

Maksud saya dari persoalan ini ialah, saya hendak mintak beberapa tips untuk mengesan anasir-anasir tidak sihat ini ketika didedahkan dengan sumber-sumber ilmu Islam yang macam ini. Yang sudah tentu amatlah payah bagi saya yang tidak berpengetahuan banyak ini.

Segala jawapan dari Ustaz ataupun dari mana-mana forumer, saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.

Sekian

Jawapan:
Jika kita mendalami ilmu aqidah ahli sunnah wal jama'ah maka senanglah bagi kita mengenal pandangan2 yang bertentangan dengan ahlu sunnah.

Cara mudah bagi orang awam mengenali pandangan yg ada unsur wahabi ialah pandangan2 tersebut banyak mengkritik orang yg mengamalkan perkara2 khilafiyyah seperti masalah talqin, qunut subuh dan seumpamanya.

Pandangan2 berunsur syiah pula banyak mengaitkan kelebihan saiyidina Ali r.a. dan melampau kasih kepada ahli bait dan meringankan2 sahabat2 yg tak sependapat dengan sayyidina Ali r.a.

wallahua'lam

*Sumber dari halaqah.net

Artikel Terkait

Tanda Sesuatu Blog Mengandungi Unsur Wahhabiyyah, Syiah & Sebagainya
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Donate and coment. Happy blogging 😊