Jumaat, 30 September 2016

Ini Doa Rahsia Kemuliaan Abu Bakar


Abu Bakar Ash Shiddiq radhiyallahu 'anhu merupakan sahabat yang paling mulia. Lelaki terbaik selepas Rasulullah shalallallahu 'alaihi wasallam; pada zamannya dan pada zaman selepasnya.

Apa rahsia Abu Bakar sehingga menjadi peribadi mulia dan terus bertambah mulia dari masa ke masa hingga Allah memanggilnya?

Salah satunya, doa ini. Doa yang senantiasa dipanjatkan Abu Bakar ketika ada orang yang memujinya.

"Ya Allah, Engkau lebih tahu tentang diriku daripada aku sendiri dan aku lebih tahu tentang diriku daripada mereka. Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka kira dan ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui dan jangan timpakan hukuman kepadaku atas apa yang mereka katakan "

Abu Bakar, kerana kemuliaan akhlak dan kebaikan hatinya, sering dipuji oleh orang-orang. Abu Bakar merupakan saudagar kaya yang dermawan, ia suka memberi dan berkongsi. Maka banyaklah yang memuji kedermawanannya.

Abu Bakar berkedudukan tinggi dan menggunakan kedudukannya untuk menolong sesama. Maka banyak orang yang memuji perangainya.

Yang istimewa, setiap dipuji, itu tak membuat Abu Bakar tinggi hati. Justeru ia berdoa kepada Allah memohon rahmatNya dengan doa itu. Agar ia dijadikan lebih mulia dari pujian manusia dan memohon ampun atas kesalahan yang tidak diketahui oleh mereka. 

sumber Tarbiyah.net

Artikel Terkait

Ini Doa Rahsia Kemuliaan Abu Bakar
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Donate and coment. Happy blogging 😊